badut bermuka gembira
sentiasa sama sahaja
dan mereka itu tertawa
kau lah puncanya
tak selalu kau dipuji
tak tertinggal menguji
namun kau masih berdiri
namun adakah mereka kisah ;
kalau kau tak jumpa bayang sendiri ?
dilantakkan kau bersepah
berduka terluka dek cela cinta
terbiar dicampak di kaki rasa
tersedarlah badut berjalan masa
di sisi seorang, bayang pun tiada
tajuk utama
kau harus beri senyuman kepada semua.
muktamad cerita
berdalih tak diterima
meranalah kau dalam gembira
bayang semakin lenyap menghilang~