20100621

lima puluh- lapan

aku diusung memori-memori usang,
pulang ke asalannya.
ke masa kita masih boleh
tersenyum dan ketawa.
ke masa tangan kita masih bergenggam
erat, rapat.
buat aku tersenyum kecil,
khayal dengan sejarah yang telah tergores.
dan jika engkau juga begitu,
aku masih di sini.

tetapi engkau perlu segera,
kerana engkau semakin memudar.

20100618

True Joy Comes From True Simplicity

pernahkah kau rasa saat rindu sesak di dada
kau mahu luahkan

kau ambil sekeping kertas
mahu mencoretkannya
tapi tulisannya kosong

kau dendangkan satu lagu
awalnya masih faham atur kata
pertengahannya sudah tiada irama
akhirnya kau sendiri terkelu

kau taipkan sesuatu
kau gerakkan tetikus sana sini
tapi tiada patah atau bertaip

kau merenung tajam bahan bacaan
akal lebih laju berbicara
bicara tentang hari semalam

dan akhirnya kau tanya pada Tuhan
apakah benar rindu ini menyatukan
atau hanyalah mainan perasaan.

20100611

Puisi Jiwa

Puisi ini bukan tentang cinta
Puisi ini bukan tentang hati
Puisi ini bukan tentang perasaan

Puisi ini hanya nyanyian jiwa
yang terlalu lemah tidak berdaya
yang terus tenggelam, sepi dan kosong
dipeluk duka, dihanyutkan pilu
berat menyesakkan celaru dan kelabu

Dimana kedamaian?
Dimana ketenangan?
Hilang terus dihimpit kekecewaan.

20100609

Puisi : Hati Tersenyum

(gambar dri encik google, pmndangan di china)

Lapang..
Raut itu ku tatap,
Tenang...
Wajah itu kulihat,
Serinya takkan pudar,
Cantiknya tak pernah hilang,
dimamah sakit yang kau tanggung,

Masa..
Yang semakin cemburu akan kita..,
Jauh pergi tinggalkan kita,
Tanpa kita sendiri sedar dan rela..

Ah waktu sudah semakin singkat bersama kita..

Sayang,
Air mukamu tetap seperti dulu,
Indah dipandang tak timbul jemu..
Sebabnya hatimu sentiasa tersenyum selalu,
Menerima redha ujianNYA terhadapMu

Hati tersenyum..
Cahayanya terbias..

20100607

Manusia Tidak Mudah Dibelakangi Setelah Berpadu Hati dan Nurani

hati mahu bicara
tanpa rasa duka
dipenuhi arca dan warta
mahu melupai segala
teroka dunia
yang pelbagai dan berbeza

tangisku diketepi
aku simpulkan sebagai mimpi
sakit untuk aku fahami
biarkan ia pergi

Pangkor
September '09

Duniaku bukan Duniamu,

Hari ini datang lagi,
mencari-cari kehidupan yang bagiku palsu belaka,
tanpa arah tujuan menerpa jiwa-jiwa manusia,
yang alpa mencari keduniaan,

Apa itu dunia?
Dunia itu segalanya.

Hari ini kita ketawa kepada mereka,
suatu masa nanti mereka akan..

Menghina kita.

Suatu masa nanti akan tiba
jika kita masih berada di sini.

Malapetaka menghentam umat manusia
menyedarkan dan menginsafkan,

Mungkin sehari dua,
kita kan manusia.