20110602

Perasan

aku buatkan lintasan
buangkan keliru
hilangkan perasaan bercabang
supaya jalan sentiasa nampak
untuk kau menuju
dan dapatkan hati ini.

sekali lagi,
aku bina penanda
bertaburan di sana sini
supaya kau jelas
hati ini mahukan engkau
ingin sekali kau dampingi
dan jalani kisah kita
hanya dalam satu buku.

malang sekali,
teliti engkau hanya di aras pertama
bukan kelima, bukan keenam
bukan yang teratas.

harap,
engkau sedar satu hari
meski hari itu bukan untuk kita lagi.

20110521

Berperang dalam kelambu

Rasa ini...
Kadang-kadang tak kesampaian,
Nak diluah takut bersepai,
Disimpan takut jadi bara,
Ibarat menahan senak di dada,
Menekan rasa di pinggir benak,
Seperti nafas melekat di dalam kelambu.

Yang dibicara disalah tafsir,
Yang didiam disalah erti,
Yang dimaksud dibiar beranak ubi,
Yang tinggal sekadar habuk,
Yang suhunya mungkin suam-suam panas,
Kadang-kadang menjadi sejuk,
Kadang-ladang pula membakar jiwa.

20110519

k a s a t m a t a

si putih
selalu menjadi purnama
menjadi cermin dua hala
di antara pengukur cinta
dan abstrak yang terasa
sejuk kau membias mata
merabun semua nyata
hanya angan mampu rasa
di setiap pun tutur cahaya

namun sekala alpa di sisi
membuatkan nista berseri
bukannya si putih yang jali
sekadar menumpang kaki
dek kurang indah mewakili
terbiar sungkur imaginasi
mana mungkin kan berdiri
bila maruah patut bersaksi
si oren













hanya si biru tahu ketara itu~

20110517

Cinta Puteri

Aku bersumpah
Bila sampai masa
Kita akan bersama

Bila sampai waktu
Kita akan bersatu


Aku ingin menjadi sebahagian dari impiannya
Suatu waktu nanti kami pasti bersama
Dia akan datang padaku

20110514

o b j e k t i f

bahasa sayu seakan sayup menyinggah
tepat ke gegendang telinga ia dipanah
kau hantarkan kaca serpihan hati mati
mungkin niat untuk membangga diri
dedaun ikhlas aku lentur dengan lembut
biar berpacak ia di batang rasa serabut
dengan tenang renjisan manja air sayang
menyegarkan mata mu untuk memandang
kisah lama yang dipentaskan bersama
menjadi tajuk penyingkiran yang utama
jangan enteng kau fahami topik awalan
kerana ia bercabang selagi kita berjalan
dengan paksa nanti kau akan menoleh
mencari dasar kunci menangis sengih













perumitan bermula dengan penyelesaian~

20110513

m a t i

eh, kau ke mana?
semakin jauh dari mata
berjalan asing ke sana
bukankah kita bersama
bertukar hati dan rasa
tapi kau berpisah tuju
aku, kau tinggalkan tugu
menonong kau berjalan
kisah lain dipersetan













terpadam cerita dengan pena cinta~