Perasaan ku ini seakan belon mainan si kecil ; di isi air penuh. Lembut dipegang, seronok ditonyoh. Gembira saja bermain. Namun bila rasa itu sampai di puncak. Paling tinggi. Lebih tinggi dari semua yang tinggi. Seakan mahu dilambung ia ; dengan penuh semangat. Biarkan ia terbang, terapung di udara. Beraksi sendiri ia di atas tinggi. Dan detik itu memang senang untuk dilihat ; dirasa. Penuh puas. Telah lepas semua. Walau hanya beberapa saat saja tahan detik itu. Puas yang dirasa lebih berharga. Tapi, bila gembira itu sudah sampai di akhirnya. Semua menunggu masa belon itu jatuh, tersembam ke tanah. Dan bila itu berlaku, semua rasa hilang. Terus dipadam ingatan pada belon yang dipandang sebelumnya bila ia jatuh ; pecah dan memercik pada sekeliling. Di situ. Ya di situ ! Tepat rasa dalaman ku ini. Rasa kosong yang mengharap. Pada masa semua mahu mencari yang baru, untuk memberi rasa gembira itu. Yang terbaring jatuh di bawah ini. tidak dipandang lagi, selepas jatuhnya ia dari puncak penglihatan semua. Cukup rasa itu membisa. Tapi mungkin berbaloi usaha yang didagang untuk puas mereka. Tidak mengapa. Biar aku dilupa, asal yang lain gembira tertawa.
20110129
20110127
a p a t e t i k
sudah ku telan ubat
masih tak kurang sengat
pun membuak rasa palat
aku diam walau sedekad
tak sanggup ku buka
kerna palit kan mengena
bukan itu niat utama
cuma mahu kongsi rasa
aku tak kisah
bagus lagi aku sendiri
dari sakit ini diberi ;
dikongsi
sesal ku kan menyelubungi
biar jadi penawar duka
malam yang gelita
biar jadi mimpi yang bahagia
nyawa yang ku ada
biar jadi penahan luka
biar gembira yang tinggal untuknya~
20110125
n i h i l
tenteram aku tak menentu
berkalih berkali tetap begitu
terus lesu
namun aku ;
masih tak biasa
atau mungkin menerima
tak tahulah
ada yang lain bertukar
tak tentu matanya meliar
ada yang lain bersama
begitu dia cuba menerima
selepas rasa itu hilang berlalu
ditambah sakit menekan perlu
aku beku
berserah aku tanpa penentu~
Dua Rasa
apakah ini tulisan hati?
apapun ia, aku letakkan jujur paling tinggi.
saat ini, aku hanya ada dua perasaan terhadap kamu selain cinta.
pertamanya,
bila yakin itu datang aku ingin terus mendampingi
aku mahu hari-hari bersama kamu
aku jadi kuat untuk menepis segala rintang antara kita
akan aku pertahan segala apa yang bisa robohkan kita.
aku mahu bercerita tentang hariku
aku mahu jadi penghibur untuk kamu
aku mahu bercakap tanpa ada batas waktu
bermula dengan pagi hari,
hingga waktu lenaku;
semuanya ada kamu.
aku mahu kamu senang mendampingiku
kerna di situ ada bahagiaku.
keduanya,
aku mahu lari.
bukan kerna dicaci atau membawa diri
cuma aku kenal siapa diri.
aku melihat dalam peribadi
apa adanya pada aku
cukupkah kamu dengan kehadiran aku.
sebolehnya, aku mahu jadi sempurna pada mata kamu
agar kamu rasa sempurna bila denganku.
tapi, aku bukan si sempurna
yang tertib selalu dijaga
aku juga bisa jatuh dalam kealpaan dan kesilapan.
maafkan aku.
20110124
s a d i k
setapak perlahan
Si Abdi masih bertahan
dibawanya
balang jernih kaca
penuh batu kecil menimpa
runsing
mungkin berpusing
berjalan terus tanpa paling
teruskan
Si Abdi bertahan
demi rasa puas Si Tuan
adrenalin
mengalir rasa satin
dijaga suci bak putih kain
mengira
perlu sampai bila
tiada guna Si Abdi merasa
berhati batu menjaga satu itu~
20110120
'being defeated is often a temporary condition. giving up is what makes it permanent'. -Marlene Vos Savant
biarkan aku;
biarkan aku patah-patahkan harapan
biarkan aku rasa lumpuh seketika
biarkan aku rasa aku sudah tidak punya apa
biarkan aku rasa semuanya
dan biarkan aku rasa realiti itu sendiri
yang pedih dan menyakitkan.
biarkan aku patah-patahkan harapan
biarkan aku rasa lumpuh seketika
biarkan aku rasa aku sudah tidak punya apa
biarkan aku rasa semuanya
dan biarkan aku rasa realiti itu sendiri
yang pedih dan menyakitkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)