20120924

16

sungguhpun aku berdiri
di kelompok ramai,
masih aku disapa sunyi
bila kau tiada di sisi.

20120901

Dan tarikh itu tetap

Jejak-jejak yang terus berhayun
Kincir yang kelak akan terhenti
Peduli yang tak seiringan
Lorong-lorong yang kadang kala sesak kadang kala kosong
Kolonial yang terheret, bergesel lalu luka.
Goyah tidak akan menziarah hari-hari yang mendatang dan itu pasti
Cuma mentol yang filamennya mudah terbakar, perlu ditukar
Rindu pada merah, rindu pada bendera
Berbulan yang dalam, berbulan yang segalanya.
Suluhan lampu pentas tepat ke anak mata, jadi teruja
Lumpuh tanpa gas, lumpuh tanpa perasaan
Keesokan yang perit, kilometer yang menjerit
Menjalar-jalar seluruh bekas, lalu aku akan tewas
Terkenang talian-talian yang erat, berpaut
Cahaya-cahaya yang tertarik memanjang, suara tiga peringkat terigau-igau
Ada sesuatu di mata, segmen ini tergendala

20120813

M e l o d r a m a 1

semuanya bermula
segalanya ternyata
pada ketika itu
pada masa itu
engkau telah membawa aku
memacu waktu malam kita
tidak ku kira di awalnya
hati ini terpaku
hati ini membeku
melihat senyuman di raut mu
gugurlah lara ku seperti salju
ya, kau telah curi hati batu ini
dan kau bawa ia terbang berlari
dan sekembalinya pada realiti
hati batu ini bertanya; mencari
gerangan siapa di paparan itu
yang tiada mahu telah meruntuhkan kubu
si hati batu.






Batu Feringghi,
Disember 2011.



20120809

Q u o t e 19

Jangan kau lontar walau sebutir pun harapan
andai harap sendiri kau tak mampu berdepan
Kerana ia bukan alat mainan perasaan yang kau boleh dagang untuk kesenangan.




20120807

w a r k a h


bagaimana hendak ku luahkan
baris kata daripada perasaan
setelah kau menutup kenyataan
setelah kau menidak kemungkinan
aku di sini?
terkedu kebingungan.
kisah dulu yang pernah kau lakar
tapi aku tiada dalam lakon layar
lantang kau ungkap dalam sedar
aku mendengar sambil menyangkar
untuk apa?
mengelak dari dilanggar.
namun semua yang ternyata
tidak lagi kau rasa
kerana takut; kau kambus semua
percayalah kata pujangga
isilah dengan daya pada semua hendakmu
dan akhirnya, baru diserah kepadaNya.
mengapa?
kerana cinta. selamanya.









jangan berhenti usaha, kelak dijawab olehNya~




20120723

Hati

Hati,
Biarkan dia gembira untuk kali ini saja
Biarkan dia rasa bahagia untuk sekali saja

Tak boleh.

Hati,
Dia juga mahu rasa seperti dilambung awan
Dia juga mahu nikmati indah bagai dibuai alunan
Dia mahukan, dia inginkan.

Tak boleh.

Hati,
Lepaskan dia..
Sudah lama dia dipenjara
Sudah lama dia kuburkan cinta
Supaya bahagia itu tidak berani mendamping
Tidak pula datang menjengah.

Tak boleh.

Apa kau tidak pernah rasa dahulu
Dicalarnya engkau, dirobek paling dalam
Dihempas pecah berderai, bertaburan
Lalu dibuang tanpa dipandang
Tiada ihsan, tiada belas.

Hati,
Dia sudah faham semua keadaan
Dia tahu siapa dia untuk satu ukuran
Dia ngerti dia tiada kelayakan
Dipintanya cuma satu kelepasan
Untuk dia rasa sedikit kebahagiaan.
Hanya sedikit wahai hati.

Baiklah,
Jika itu mahumu sayang,
Pergilah.. tiada dayaku menahan.
Cuma ingat ini pesan
'Janganlah kau letakkan tinggi pada harapan'.
Supaya kau masih ada jalan
Ketika segalanya meruntuhkan.

NM. Amalina
June '12