20101014

Helaian Epilog Teks Ringkas Edisi Bangun Pagi

Pagi ini
Masa berjalan sempurna
Setiap tidur itu pasti ada bangunnya
Jika tidak, ke yaumul akhir la juga takdirnya

Kurenung tajam segenap isi rumah
Bergelimpangan di sana sini
Segalanya kucar seolah memahami
Isi hati resah aku

Setiap yang berlaku semalam
Satu persatu melekat cantik
Di sudut-sudut minda kejora
Jahanam! Nyah kau dari situ!

Penyesalan itu kini datang berdikit-dikit
Cuba bermain dengan sebiji buah
Di dalam selangka aku
Ada duri tertancap di dalamnya

Wayar-wayar yang berselirat diatas lantai
Kusut sekali seperti hubungan kau dan juga aku
Langsung tiada kekemasan
Namun masih juga aku bertahan dan simpan

Sesekali bayu pagi meniup layang dari luar
Sesekali wajah indah kamu menerpa
Sesekali aku jadi lupa
Yang aku bukan siapa-siapa

Aku tahu kita sudah jauh dari lorong sebenar
Aku tahu kita cuba lari dari hakikat
Namun aku tahu jauh dari sudut kamu
Mahu satu peluang untuk kita semakin dekat

Kipas yang berpusing-pusing di atas kepala
Turut juga merungsing kewarasan aku
Terus aku jadi mengah
Untuk bangun lagi mencari jejak kamu

Cuba baling pasu diatas meja itu
Biar ia mengena aku laju
Pasti aku tak akan merasa
Kerana aku sudah dipasung janji manis kamu

Aku cuma mahu kau sedar
Jangan jadi seperti botol air di atas sinki
Setiap hari sabar menanti di isi air kembali
Tapi langsung tak dipeduli

Kau ini buta atau tuli?
Sedang yang didepan mata
Sering kau terlepas pandang
Yang dijulang sudah jauh terbang

Kembalilah kepada diri yang lama
Renung kembali apa tajuk utama
Jangan lambat-lambat
Kalau kau tak mahu lihat dirinya dirembat.

No comments: