20110510

b a y a n g a n


berulang peristiwa
berkitar sentiasa
hilanglah istimewa
mereka bersama
manis janji bersusun panji
impian tertinggal kata disangkal
niat berlena leka dihina
pahit ditolak datangnya kelak

aku sentiasa akan penuhkan kocek cinta
dengan lipatan rasa yang jernih sentiasa
bila mana kau bosan dengan terdahulu
pilih saja di dalam sini yang kau mahu
biar kita berjalan berdua
di kaki air kita bermanja

kelihatan merpati berdua di situ
sama seperti bangau yang terdahulu
masing sentiasa mencuba baru
untuk membukti pahatan rindu
kau dan aku juga akan ke situ
namun dengan implan yang baru
kerana isi itu yang penting
mengelak kocek ini kering

daya ini ku kerah ke maksima dunia
agar senyuman itu terlukis sentiasa

namun bulan tetap satu
tetap juga langit biru
normal untuk berkongsi
kerana berbeza definisi













sama kita berjalan, tapi cara berlainan~

No comments: