20110723

Takut

Aku lari menjauh
Aku sembunyi sayup
Aku lindung litupi segala

Aku takut sebenarnya.

Hari itu,
Kau nampak aku gagah
Pertahan kata
Pejuang bicara
Gertak semua nista
Dan simpul kemas penuh peribahasa.

Sedang hati,
Menangis di dalam
Merayu untuk kau tetap dengan satu
Biar api benci yang cuba aku marakkan.

Ya sayang,
Aku pertaruhkan hari esok kita
Aku pertaruhkan diri ini untuk dibenci.

Tertanya,
Kenapa aku harus takut tidak dibagi kasih sepenuhnya sekiranya aku sudah gambar apa jadinya?

Kerana aku mahu diberi kasih seperti tiap detik udara yang kau hela; selalu dan sentiasa. 

NM. Amalina
June '11

No comments: