percayalah
aku dikunjungi kata hati
tidak mendesak
tidak juga menolak
memimpin aku untuk menongkah
aku katakan padanya
aku mahu ke depan
aku mahu di hadapan
tanpa aku jatuhkan sesiapa
maju bersama
meski cara berbeza
untunglah bagi yang serupa
sedikitnya boleh dikira
yang jatuhkan manusia
banyaknya tidak terkira
baliklah kepada Pencipta
syukur dengan apa adanya
mawaddah sentiasa ada
rahmat sentiasa terbuka
bagi insan kudus hatinya.
aku dikunjungi kata hati
tidak mendesak
tidak juga menolak
memimpin aku untuk menongkah
aku katakan padanya
aku mahu ke depan
aku mahu di hadapan
tanpa aku jatuhkan sesiapa
maju bersama
meski cara berbeza
untunglah bagi yang serupa
sedikitnya boleh dikira
yang jatuhkan manusia
banyaknya tidak terkira
baliklah kepada Pencipta
syukur dengan apa adanya
mawaddah sentiasa ada
rahmat sentiasa terbuka
bagi insan kudus hatinya.
No comments:
Post a Comment