20110213

u g u t a n


aku berjalan. selangkah. atau setapak mungkin. tapi yang penting, berpindah aku dari yang dahulu. tidak mengira siapa yang lalu. mahupun berselisih bahu. aku pacak jalan lurus kehadapan. tiada simpang pilihan. dan pandangan ini, berkabur sedikit. agar lecak luka tak terpalit. kerna luka yang dahulu pengubat lara, kini bersebab membiar aku celaka. membara sendirian di jalan. tiada teman, tiada tujuan, dan tiada perhentian. lebih aku dari musafir, seolah diri meminggir. walhal bukan mahu itu dipinta ; cuma rasa buta yang derita terpaksa. kecewa. memberat langkah. menggendong kalah. sedih diri bergembira sendiri. butir-butir hidup seakan berkurang untuk diguna di masa segera. mahukan istimewa, namun tiada. teruskan aku hingga daya. biar tinggal dahulu jauh di belakang. sejarah yang aku ikat nun panjang. kerna masih tak sanggup melepaskan rasa. lalu aku pisah cerita agar hidup lena. berhubung segala di tali setia. berdindingkan masa durjana. jauh berselak di dalam ini, rasa itu masih suci. seakan menarik kehadapan, mahukan sejarah yang di bawa bebanan. langkah. arah. berkompas tinta cela.

No comments: