Ada kalanya harapan terlalu jauh dari jangkauan
Seperti sudah ditakdirkan
Jalan kehidupan terlalu sempit
Terlalu gelap
Penghujung yang hanya samar-samar
Harapan yang hanya akan tinggal harapan
Kerana hidup ini sudah ditakdirkan
Tiada pilihan, tiada jawapan,
Hanya keredhaan.
Kehidupan yang telah hilang maknanya...
20100531
Berdansa Mengikut Rasa
pakaikan baju boneka
sikatkan kusut rambut
pakaikan kasut
segak kelihatan
mahu buat simpanan
'tak boleh, its mine!'
bertekak sampai petang
bersepak terajang
demi puaskan hati
hari ini
perselisihan disimpan
tidak lagi bertekak
tidak lagi bersepak
mungkin dewasa menjaga hati
tapi dalam penuh duri
kau yang bestari
puaskan hati atau
duri jadi pilihan hati?
sikatkan kusut rambut
pakaikan kasut
segak kelihatan
mahu buat simpanan
'tak boleh, its mine!'
bertekak sampai petang
bersepak terajang
demi puaskan hati
hari ini
perselisihan disimpan
tidak lagi bertekak
tidak lagi bersepak
mungkin dewasa menjaga hati
tapi dalam penuh duri
kau yang bestari
puaskan hati atau
duri jadi pilihan hati?
20100530
My World
"This is life".
Dalam hidup, kita didominasi kata-kata.
Jadi pada penghujungnya, untuk setiap intoksikasi hati, pandemonium jiwa, kecelakaan emosi dan segala cinta yang lahir, sebahagiannya adalah kerana kata-kata.
Ini terjadi dalam dunia aku.
And they say I'm going to pay for my words. Lalu aku ulang bait yang sama dalam senyuman:
"This is life", sambil berkata dalam hati,
"My life..."
Because I'm paying for my words, now. And so will you.

20100528
29/11/09
Partition reclaims for that immense call,
And forgive me Lord, that your existence might not be for all,
Through sanity beholds, I long to be in the refinement hall,
And the world shall witness, another of it all.
And forgive me Lord, that your existence might not be for all,
Through sanity beholds, I long to be in the refinement hall,
And the world shall witness, another of it all.
20100527
2
Rangkul aku, peluk aku, cumbu aku,
(kata-nya: hanyut-kan malam-malam suram dengan hangat asmara, gelombang dalam dada ini Immortal! gelombang dalam hati ini Immortal!),
Rangkul aku, peluk aku, cumbu aku,
(kata-nya: biar jadi tanda, biar jadi makna, biar, biar jadi merdeka!),
Rangkul aku, peluk aku, cumbu aku,
(kata-nya: persetan-kan syurga-neraka, persetan-kan dosa-pahala, persetan-kan kiamat yang tak kunjung tiba!),
Rangkul aku, peluk aku, cumbu aku,
(kata-nya: kerana dunia tidak selama-nya, kerana, kerana hidup hanya sementara!),
Rangkul aku, peluk aku, cumbu aku.
(ah! daging-daging cinta!)

Oh Bulan!
Terang sungguh dirimu malam ini,
Angkuhmu diatas sana,
Indah sekali...
Seperti sinar itu milikmu,
Aku tahu kau juga bukan milikmu,
Namun aku punya antologiku sendiri,
Ku pinjam angin bawaku kesana,
Singgah di bintang melepas lelah,
Walau jauh kelihatan,
Tetap jua aku ke situ,
Mencuba tidak salahkan?
Tiada yang tidak boleh,
Aku sedar diri tak punya apa untuk memberi,
Sekadar kasih yang tulus,
Buatmu oh bulan!
Kau idamanku sepanjang zaman.
Aku Namakan Ia Harapan
aku paggil tanpa nama
melambai tanpa sahut
menjerit suara lembut
menjelaskan bucu2
membahagi sama banyak
melakar puisi
jiwa kepada jiwa
tanpa
aku mahu
manusia hakimi
dan fahami
aku tafsirkan
ikut kemahuan
ikut citarasa
agar manusia tiada kata
bisu dalam bahasa
tuli tiada deria
buta segala
aku diajarkan
disentuh ruang kalbu
ditanam benih subur
ditutur kefahaman
ditolak keras besi
ditikam sulaan kejam
biar aku rasa darah mengalir
biar aku ngerti pekatnya
lalu berbisik
'perjalanan jauh penuhi ranjau'
dalam kelam aku nyalakan
dalam terang aku berjalan
dalam ribut aku tahankan
perlu aku untuk lainnya?
oh mungkin takdirnya
dijadikan kita berbeza
ada bahagia tapi rahsia
ada durjana tapi terbuka
dan aku meronta
mengusir segala
mengherdik konkrit akal
menepis igauan
mencerca palsuan
melambung ke langit lapan
sesekali disentap
rakus jiwa gelora
membuat aku sembah
tanpa bermaya
mungkin aku perlu tunduk
sujud meratapi
mengangkat hormat
memberi laluan dan jalan
seolah aku tiada rasa
tiada kisah
tiada kecewa
tentang hari esoknya.
melambai tanpa sahut
menjerit suara lembut
menjelaskan bucu2
membahagi sama banyak
melakar puisi
jiwa kepada jiwa
tanpa
aku mahu
manusia hakimi
dan fahami
aku tafsirkan
ikut kemahuan
ikut citarasa
agar manusia tiada kata
bisu dalam bahasa
tuli tiada deria
buta segala
aku diajarkan
disentuh ruang kalbu
ditanam benih subur
ditutur kefahaman
ditolak keras besi
ditikam sulaan kejam
biar aku rasa darah mengalir
biar aku ngerti pekatnya
lalu berbisik
'perjalanan jauh penuhi ranjau'
dalam kelam aku nyalakan
dalam terang aku berjalan
dalam ribut aku tahankan
perlu aku untuk lainnya?
oh mungkin takdirnya
dijadikan kita berbeza
ada bahagia tapi rahsia
ada durjana tapi terbuka
dan aku meronta
mengusir segala
mengherdik konkrit akal
menepis igauan
mencerca palsuan
melambung ke langit lapan
sesekali disentap
rakus jiwa gelora
membuat aku sembah
tanpa bermaya
mungkin aku perlu tunduk
sujud meratapi
mengangkat hormat
memberi laluan dan jalan
seolah aku tiada rasa
tiada kisah
tiada kecewa
tentang hari esoknya.
Permulaan Kisah
Kusut,
Seperti botol-botol renyuk di tepi Jalan Day,
Seperti daun nipah yg bergulungan pecah-pecah,
Seperti rambut uncle Ba yg kesat dan kusam,
Angan-angan aku semuanya bohong,
Lantang dahulu semuanya kosong,
Lorong-lorong meriah itu kini sepi,
Tanpa sebarang khabar atau berita,
Namun aku akan terus menanti...
KEDAH MAJU 2010.
Salam Perkenalan Dari Datuk Gnola Miden. =)
20100524
Do as you please...
It is very easy to judge me
It is very easy to not care
A lot of people take me for granted
A lot of people stop being fair
Like a doll I'm being used in every way
Accepting everything, suffering in silence
People just take what they can from me
And nothing is ever been given in return
The sad thing is, I can't be free
Because this is done entirely by me
I let people do as they want and please
So as I could have my sanity and peace

20100523
1
O Sesal, O Sesal,
(kau rungut perihal Tuhan yang membelakangi kau, kau sesah tentang kenyataan yang menentang kebenaran, kau dendam pada perasaan-perasaan hampa dan rapuh);
O Sesal, O Sesal,
(jangan-jangan Tuhan tak mendengar, jangan-jangan Tuhan tak mendengar);
O Sesal, O Sesal,
Apa benar hidup ini, kau benar-benar punya pilihan?

20100522
Perkataan Kata Berkata-Kata
aku mahu berkata
mungkin akan terluka
aku mahu berkata
tapi pada siapa
aku mahu berkata
tiada bersuara
perkataanku sia-sia
maka aku diamkan saja
mungkin akan terluka
aku mahu berkata
tapi pada siapa
aku mahu berkata
tiada bersuara
perkataanku sia-sia
maka aku diamkan saja
nihilist.
"sudah bersedia menjunjung sesuatu lebih tinggi dari apa yang pernah dipaut secara tak bersungguh"
Puisi Kasih
jiwaku tenang, sempurna dan bahagia
menikmati kasih penuh bermakna
serasa langit biru sentiasa
terbentang luas, seluas cinta
hadirmu sayang umpama puisi
menghiasi indah taman di hati
tanpamu hiduku suram dan sepi
ucapan kasihmu puisi abadi
menikmati kasih penuh bermakna
serasa langit biru sentiasa
terbentang luas, seluas cinta
hadirmu sayang umpama puisi
menghiasi indah taman di hati
tanpamu hiduku suram dan sepi
ucapan kasihmu puisi abadi
My Wish
I wish to have a white canvas before me
And a box filled with mystical colours
So I can paint my life the way I want it to be
And have that moment for once on a bed of roses
I wish to have the book of my life before me
And a pen sent from Heaven
So I can rewrite what has been written
And live life again on the path that I have chosen

Subscribe to:
Posts (Atom)