20141013

PENULIS

Penulis,
Orang ingat kerjayanya sepopular sinetron artis,
Seronok dikejar peminat ramai duk berbaris,
Itu penulis dalam anganan orang baru nak berkerja sebagai penulis.

Penulis,
Orang kata kerja menulis tu mudah saja,
Menulis dan menulis hanya,
Duduk saja capai pen dan kertas,
Coret saja, ideakan tanpa batas?
Padahal banyak yang perlu ditimbang darabkan,
Batas agama paling jadi keutamaan,
Takut ditanya diakhirat kelakkan...
Apa pula yang dapat dijawabkan.

Penulis,
Kerjaya ni pun sering makan hati,
Orang ingat penulis dapat percuma beribu-ribu buku sendiri,
Tu yang ramai beratur hantar mesej peribadi,
Minta diberi tanpa perlu membeli,
Penulis tu macam peniaga,
Kalau pembeli itu tiada,
Macam mana nak isi perut sendiri hatta anak dan juga isteri?
Yang dibagi sukarela tu lain cerita,
Maknanya itu saja yang terdaya,
Ganti hadiah untuk pembakar semangat,

Penulis,
Kadang tu apa yang dibuat juga serba tak kena,
Letak 'title' novelis pada nama,
Ada juga yang persoal tanya,
Tak lupa siap sindir segala,
Dosakah?
Bukan mahu riak,
Apatah lagi menunjuk banyak,
Ini kerja punca rezeki,
Menyara kedua orang tua memberi bakti

Penulis,
Ada tu naskah baru saja siap dicetak,
Belum apa-apa sudah kena hentak,
Dengan kata cemuhan bertubi-tubi bagai nak rak,
Baca biar habis dulu boleh tak?
Jangan baca hanya semuka,
Kemudian label letak sesuka.

Penulis,
Macam insan yang lain juga,
Jauh sangat dari sempurna,
Kalau silap tegurlah kami,
Kalau salah betulkan kami,
Jangan depan wajah senyum melebar,
Puji membesar-besar,
Berpaling belakang caci maki berlahar-lahar...

P.I Oct 2014





::: Puisi umum, sekadar nak bercerita. Kali terakhir buat puisi rasanya untuk bantu seorang sahabat dalam kerja kursus masternya hari tu.:::