20120723

Hati

Hati,
Biarkan dia gembira untuk kali ini saja
Biarkan dia rasa bahagia untuk sekali saja

Tak boleh.

Hati,
Dia juga mahu rasa seperti dilambung awan
Dia juga mahu nikmati indah bagai dibuai alunan
Dia mahukan, dia inginkan.

Tak boleh.

Hati,
Lepaskan dia..
Sudah lama dia dipenjara
Sudah lama dia kuburkan cinta
Supaya bahagia itu tidak berani mendamping
Tidak pula datang menjengah.

Tak boleh.

Apa kau tidak pernah rasa dahulu
Dicalarnya engkau, dirobek paling dalam
Dihempas pecah berderai, bertaburan
Lalu dibuang tanpa dipandang
Tiada ihsan, tiada belas.

Hati,
Dia sudah faham semua keadaan
Dia tahu siapa dia untuk satu ukuran
Dia ngerti dia tiada kelayakan
Dipintanya cuma satu kelepasan
Untuk dia rasa sedikit kebahagiaan.
Hanya sedikit wahai hati.

Baiklah,
Jika itu mahumu sayang,
Pergilah.. tiada dayaku menahan.
Cuma ingat ini pesan
'Janganlah kau letakkan tinggi pada harapan'.
Supaya kau masih ada jalan
Ketika segalanya meruntuhkan.

NM. Amalina
June '12

20120705

m u h a s a b a h


seketika aku melihat ke hadapan,
tak sanggup aku meneruskan jalan
kerana takut dengan semua dugaan

seketika aku menoleh ke belakang,
terlihat dosa yang berkeliaran
yang masih belum lagi dimaafkan

seketika aku mendongak,
tersedar aku meminjam kehidupan
nyawa ini perlu aku kembalikan

semampunya aku menunduk,
menilai diri yang diberi kesempatan
untuk menuju kepada kebenaran.








masih lagi aku meminta, berdoa kepadaNya~