Kasih, maafkan aku.
Tuhan selayaknya menghukum
Tuhan selayaknya menentukan.
Cuma aku,
Tiada sabar menunggu masa itu.
Kasih,
Aku mahu kau rasa sendiri kepedihan ini sama yang dulu kau hancurkan
Aku mahu kau percaya bahawa kepercayaan adalah sesuatu yang berabad untuk dibina
Aku mahu kau fahami bagaimana sukar membaja kasih yang sudah tawar rasanya.
Sekarang,
Sedia aku untuk menerima sebarang hukuman
Sedia aku untuk tidak diberi ciuman dan pelukan
Sedia aku untuk dibenci dan dibuang.
Sedih.
Meski itu,
Hati kecil berharap agar kau temukan jawapan untuk semua ini
Hati kecil ingin kau melihat sesuatu yang tersembunyi.
Dan,
Waktu itu kita telah dewasa dengan masa.