20110828

s e b a l

Si Kelana
mempunyai satu takluk baru
yang dituju dengan penuh mahu
dek rasa binasa yang sakit tersia
akan dibakar ia di sana; semua

setiap tapak Si Kelana kehadapan
maka tertinggal secebis kenangan
yang akan dipandang di kemudian
dengan sayu di sepanjang perjalanan
teringat
terubat
dengan kisah yang dulu
yang ditinggal berbatu

rasa binasa yang menyinta
rasa tersia yang menyeksa
maju Si Kelana
ke hujung dunia












cebisan itu menarik ke tempat dahulu~

20110825

Relung DUKA..

Menggulung ombak resah
Membadai lelah
Relung duka melingkar jiwa
Melilit payah menjerut luka..

Arghh S E K S A !
Sukar mendefinisi rasa
Bagai rela kecewa
Membiar maruah terinjak R A T A..



~NB, bayu 26811 1pm~

20110822

M u r a h a n

kau lagi Si Kebaya
pelakon yang dianiaya
mungkin di mata yang buta
mungkin di hati yang tersia
tetapi;
tidak di mata aku
tidak di hati aku
menempelak dengan menyalak
mengguris berwayang tangis

Si Kebaya
cinta ku kau seret di jalan berbatu
diumpan pun aku bersama berlalu
kerna rasa itu












kerna kau menyalak, telinga ku pekak~

20110812

A S M A R A

Sentap,
Nada terbentak senyap,
Keluh kesah berlatar resah
Lelah.

Hati meraung rintih,
Lirih pedih,
Dicalari kekasih.

Tega,
Mengaris luka dalam asmara,
Melumatkan jiwa yang berjasadkan cinta.


NB : Cinta itu Persoalan???

20110810

Q u o t e 13

setiap dugaan, setiap gurauan
pastikan ada balasan
pastikan ada kemarahan
sedialah terima kelak
bila kau dah bosan
jangan letak aku sebagai
kesalahan




aku dah cuba .

20110804

a n e s t e t i k

di penjuru bilik hitam itu
kelihatan longgokan padu
terbiar
terabai
terbaring aku berlangit kipas
terdiam aku berlapik kapas
kapas yang usuh; lusuh

di ekor mata dapat melihat pun semua
namun di tunjang hati semua terkarya
yang mana ditolak
dilambung selerak
terus ke longgokan penjuru dulu
kotor di situ kerna bersih hatiku













terlelap aku dek muzik di penjuru~

20110801

Telah Aku Rasa

Hari yang digambar itu tiba.

Sedih,
Tidak lagi dilayan seperti puteri
Tiada lagi kasih yang dulunya penuh
Tiada lagi sayang yang dulunya pantang disentuh orang.

Untuk apa lagi aku di sisi?

Pergi. 

NM. Amalina
June '11