20110922

t e r g a m a k


di ceruk sana
aku terpana
melihat indahya
mentari cahaya

sinar itu kini
menjauh pergi
dibutakan aku sendiri
dek rembulan yang sepi
lalu aku pergi
meninggalkan mentari
mendengarkan hati
sayu seakan mati

bila malam itu
aku di sisi yang baru
aku menoleh lalu
mencari siang cintaku
kerna rembulan itu
hanya mengikut fasa waktu

gembira aku bersama
rembulan yang berpurnama
namun terik mentari dulu
tidak pernah jemu aku rindu












aku seakan dipermainkan dengan kenyataan~


20110909

s i s a


di jalan ini, kau bersahaja
melangkah tanpa berasa
indah dunia kau nikmati
tanpa melihat longgokan ini
tapi kau menambah sedikit
timbunan perasaan yang sakit 
yang kau guna dahulu kala
untuk senang kau berbahgia
kini di humban ia di jalanan
yang pernah kita berduaan










aku sampah yang kau tambah~

20110906

kemungkinan yang selalunya absurd aku tuliskan keterangannya - 1

dalam ruang yang keberangkaliannya tinggi untuk aku pitam,
aku terlihat pari yang matanya terusan berlari-lari manja,
dan lenggok tubuhnya yang seakan merantai perasaan ini,
"seperti kita pernah bertemu di sana", baris itu yang terusan hati ini bisikkan.

jadi aku gerakkan roda ke sana, perlahan-lahan,
memuaskan kehendak hati yang degil untuk membiarkan takdir dalam aturan biasa seperti hari-hari yang normal,
dan jika ianya hanya paralaks yang sememangnya umum untuk manusia rabun,
aku tak akan pernah rugi apa-apa, kan?

sedang leka pari meneguk minumannya,
dari cawan yang cantiknya seolah-olah sebahagian dari aksesori jasadnya,
aku masih berdiri di belakangnya, menunggu untuk dia berpaling dan bertentang mata.

lampu serakan sejuta warna, dan kepul asap yang melemaskan,
pari tetap tak menoleh. aku masih kaku di sana.

dia mungkin dari silam yang memang aku tak mahu berulang,
atau, mungkin berkaitan dengan si dia dari silam yang memang aku tak mahu berulang,
atau, mungkin aku yang iras-iras dengan silamnya yang memang dia tak mahu berulang.
ahh, ketidakstabilan kondusiku buat di ketika ini lebih merumitkan komposisi hati.

20110905

benih kemerdekaan

negara kita sebenarnya sedang merapuh,
menunggu jatuhnya tuhan-tuhan yang berleluasa,
dari awan-awan dosa yang kapitalnya tangis-tangis rakyat.
dijajah fahaman haluan kiri yang tujunya sentiasa ke neraka,
mereka enggan peduli himpunan dendam rakyat,
dan doa-doa rakyat yang mengharapkan celaka dan bencana ke atas mereka,
tak mengapa kami tak akan henti,
angkasa tak selalunya konkrit, cuaca tak semestinya berpanjangan mendung.
dan ya tuhan-tuhan, inilah patriotisme yang engkau didikkan kepada kami dulu-dulu.

satu, dua, semua, tunjukkan mereka bagaimana kita cintakan negara!
cukup dengan teori, ini pula praktikalnya.