20111221

u t u s a n



ternyata karma bernyawa
ternyata realiti menyakiti
di sana yang terang ;
di sini gelap bayang
namun ku beri senyuman
senyuman untuk merelakan.
kebahagian
kekecewaan
perjanjian
pemergian
sebuah kisah permulaan.




hanya mampu melihat semuanya dilemparkan~





20111217

s a y a n g


kalau ingin mu mengucap kata rindu
aku pula selalu ingin menjaga masa itu

kalau ingin mu bersama dua selalu
aku pula mahu cari ruang masa padu

kalau ingin mu susah senang dengan ku
aku kan usaha buang masa payah mu

kalau ingin mu sehidup semati bersama
pasti akan ku bimbing mu ke jalan Nya

kalau ingin mu mendakap diri ku
aku pula inginkan kau selesa perlu

kalau ingin mu mencintai diri ini saja
aku pastikan cinta mu saja yang ada

20111216

Tuhan



Tuhan itukah yang aku cari
Jika Dia hanya disitu memandang kesengsaraan dunia
Tuhan itukah yang aku sembah
Jika Dia hanya disitu melihat kesusahan umatnya
Tuhan itukah yang aku puja
Jika Dia hanya disitu melihat kerosakan jiwa
Tuhan itukah yang aku sujud
Jika Dia hanya disitu merelakan kemusnahan disekelilingnya

Tuhan apakah Dia
Jika Dia memaksa umat menyembahnya?
Tuhan apakah Dia
Jika Dia merelekan hanya satu agama memasuki syurga?
Tuhan apakah Dia
Jika segalanya hanya kerana agama?
Tuhan apakah Dia
Jika semua yang lainya memasuki neraka?

Tuhankah itu??


20111214

t e r n y a t a


di tebing bulan
di kasih lautan
bertiang langit sedih
bertapak tanah jerih
aku melontar batu
memoir terdahulu
bertitis derita
berlaku paksa
yang dalamnya
terdiam meronta
mahu di dengar
apa yang di dasar
kerana bergolak
dan ia menolak
bersama dulu kita
bersama kita cinta
kini aku berdiri
menambah sunyi.


20111207

Q u o t e 15

I just wish that you can wish. And I'll try to make it happen.

20111203

13

hati tolong bertahan sekali lagi
tolong bertahan dan anggap semua ini mimpi,
biar pun pedih rasa ini,
tolong bertahan; kau pernah hancur berkali-kali.