20120418

Hati Ini

Hati seorang perempuan
Yang terguris pilu
Yang terus terusan di persalahkan
Yang terus terusan di hukum
Remuk
Berkecai

Kerana cinta yang telah hilang maknanya
Kerana cinta yang telah pudar kasih sayangnya
Kerana cinta

Hati seorang perempuan
Penuh pengharapan
Penuh penyesalan
Penuh kerinduan

Hati yang tidak lagi bernyawa
Hati seorang perempuan yang berdosa


20120408

14

daerah ini tidak biasa menerima pengunjung
daerah ini terbiasa sendiri
bila langkah kecil mu menghiasi jalanan ini
percayalah, mata ini memerhati dengan senyuman.

singgah seberapa lama mungkin,
please.

20120404

Ketidakketahuan

Kalau saja kau tahu..
Aku kan kau kasih seperti tiada penghujungnya.

Kalau saja kau tahu..
Aku kan kau puja seperti boneka di dalam kaca.

Kalau saja kau tahu..
Aku kan kau kejar seperti layang terlepas talinya.

Kalau saja kau tahu..
Aku kan kau damping seperti esok Izrail hampiri.

Sayang,
Kau tak pernah tahu.

June '10