20130829

Tanah Ini




Di sini,
Kasih kita bersemi,
Jalinan cinta kita bersulam,
Warna bukan beza,
Bangsa bukan jurang,
Agama pun bukan penghalang,
Darah kita tetap berwarna sama,
Merah…

Di sini, di tanah ini,
Ada keringat nenek moyang yang tertumpah,
Ada darah mereka mengalir,
Dalam memperjuang merdeka,
Dalam usaha memeluk aman,
Dalam cubaan meraih bebas.

Tanah ini tanah kita,
Sama-sama kita berkongsi rata,
Teguhlah kita untuk Negara,
Muafakatlah kita menghulur hormat,
Tolak ansur bantu membantu,
Biar kuat jalinan masyarakat.

Tanah ini tanah keramat,
Sama-sama kita jaga pertaruh hayat,
Tumbang hancur segala pertualang,

Tanah ini tanah kita,


Pulau Indah, 2013



::: Salam hari kemerdekaan MALAYSIA yang ke 56. MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU :::

20130530

Relai


Hati ini,
Mewah sudah dengan luka,
Pedih rasanya,

Tega...
Kau zahirkan pura-pura,
Sehingga aku kabur,
Seterusnya sangka kau begitu luhur.

Terima kasih,
Buat semangatku jatuh luruh,
Bak dedaun kering yang gugur.
Terima kasih,
Buat jiwaku hancur,
Seperti kaca terhempas berderai,
Tak bisa dibaiki lagi..



:::tak bisa mati cinta ini walaupun asaku parah diherdik masa:::

20130526

Hati

Hati cukuplah...
Tak ada guna meratap rawan,
Ambil kain semangat, 
Balut lukamu itu,
Tampal azam sebagai penguat,
Moga tak tergugat,
Bila badai dugaan datang menghempas lagi...






:::Masih di sini selagi ada:::

20130525

Ikrar


Aku mahu ikuti malam, yang setia pada sang siang,
Meskipun tak dapat bersua sama,
Namun tak pernah wujudnya curang.

Terpisah kita bila terpisahnya nyawa,
Walau jasad melebur dimamah tanah,
Namun cinta ini tak akan pernah hancur mahupun musnah.

Biar kita bersatu di Jannah,
Andai di dunia kita tidak berpeluang...





nuril::: Lama sungguh aku tak ke sini ~

20130329

18

menggigit lidah sendiri
menghalang terpancul bicara hati,
tapi
tidak mampu rasa itu dipalsukan
cuma mampu meminta minta dari tuhan
agar aku tidak tersungkur,
dan masih bisa bertahan.

20130311

D a h a n


kenapa kita menyinta?
kenapa kita sanggup terluka?
bagaimana?

bila saat itu tiba; di mana
kita hanya mahu segelintir dari mereka
dapat memahami; menerima diri ini
baik dan buruk budi pekerti

sambil lena kita dibuai rasa itu
mula teras hati ini menonjolkan rindu
untuk melihat kasih itu bahagia
dan mendengar ketawa dia
kita meneliti setiap gerak-geri
tutur bicara dan dingin sanubari

tetapi;
pabila kau dihina dek sengaja menduga
kan tiba hakim luna yang meletak garis senja
di mana ada sikap jujur mu tak dapat diterima
dan ia ditukar kepada lakonan hebat peserta;
dunia.







baru kau rasa kau menyinta kerana apa~



20130307

J i n g g a


terus kau di situ
kenapa?
bukan kerana cinta, sayang, kasih, rindu; sebagainya
dan bukan kerana dia

biasa dengar bisikan suara pada sunyi; malam mu?
yang menangis di dalam
yang merintih di dalam
suara itu yang membenarkan kau menunggu
menghangatkan suram
memujuk yang terpendam
dan suara itu yang sentiasa ada bersama mu.

suara halus itu kedengaran
pabila kau jauh dari kenyataan
pabila kau rindukan pelukan
suara itu memberi harapan

sudah; balutlah luka yang berdarah
berdirilah pada tempat yang kau tempah
suara itu sentiasa jujur meneman
dan memberikan semua keputusan









harapan itu bermula dengan hanya keikhlasan~



20130306

B i c a r a


bukan aku menunggu kau memberi
bukan aku menunggu kau berkongsi
dan bukan itu.

aku masih di sini
kerana kasih masih milikmu
kerana rindu masih padamu
bukan tidak mahu pergi

hati ini telah mati;
untuk selain daripada kamu
sekarang tunjuk ke mana patut ku tuju?







aku masih di sini kerana hati; isi~


20130124

17

antara awan yang berarak
ada sosok mentari kelihatan,
"senyum" katanya,
"ada yang perlu hujan,
untuk sembunyikan air mata,
nanti selesai tangisnya aku datang semula" ;

ini, pelangi untuk kamu,
kamu sabar menunggu.


20130104

P a n e l


Ketidakpuasaan direncanakan
berharap pada satu keadilan
agar terlunas kekecewaan
bila hakim menentukan keputusan; tiada kepastian
Kerana pemergiannya
bersegi di roda nyata
tak mungkin salah, tak akan menyerah
hasil yang diutarakan, ditepis tanpa paksaan

Biarkan dia
pergilah sana

Tak mungkin dapat bertanya
tak mungkin dapat meneka
mutlak untuknya memutuskan
mengapa pergi tanpa jawapan
Terduduk arjuna dikandang mahkamah
yang direka sendiri untuk kalah.






berperang sebelum sempat berjuang~