20110209

k e 1 0 0


di kalang semua di sana
siapa yang pintar cinta ?
siapa yang berbahasa jiwa ?
sila bediri tegak tanpa bemuka
agar aku boleh berguru tapa
dek hati luka yang menderita
akibat sering dipunggah sesuka
dan di tinggal disimpang biasa













terbiar cinta melukut di jalanan~

20110207

b o n e k a

aku dah letak kau
tempat yang paling tinggi
tempat yang paling istimewa
dalam hati aku, dengan harapan satu

agar aku boleh berpaling
agar aku boleh dipeluk
bila masa aku jatuh, dan tiada daya utuh
untuk bangun

tapi sekarang
tempat itu kosong
tempat itu sunyi
tiada siapa menghuni
dinding sandaran, semakin hilang ditelan
kaku aku berdiri












salah aku bila peluang itu tiada~

20110206

Deethenizer

percayalah
aku dikunjungi kata hati
tidak mendesak
tidak juga menolak
memimpin aku untuk menongkah

aku katakan padanya
aku mahu ke depan
aku mahu di hadapan
tanpa aku jatuhkan sesiapa
maju bersama
meski cara berbeza

untunglah bagi yang serupa
sedikitnya boleh dikira
yang jatuhkan manusia
banyaknya tidak terkira

baliklah kepada Pencipta
syukur dengan apa adanya
mawaddah sentiasa ada
rahmat sentiasa terbuka
bagi insan kudus hatinya.

20110203

d o k e t


berhenti masa ;
bila aku menulis di udara
angin sebagai kertas utama
jari sebagai perantara minda
seakan padat isi yang ada
walau tiada pandangan mata
hanya aku yang faham segala
dan kau takkan mampu kata
ya, diam kau tidak berbahasa

berjalan masa ;
akan ku karang semua rasa
agar hati kau mendapat cerita
yang aku sebenarnya nyata
bukan khayalan mainan saja
yang bodoh ditolak sini sana
aku juga sama manusia biasa












hati kecil aku mahu padam semua~

20110202

r u n a w a y


Never was much of a romantic
I could never take the intimacy
And I know it did damage
Cause the look in your eyes is killing me
I’m guessing you’re at an advantage
Cause you could blame me for everything
And I don’t know how I'm gonna manage
If one day you just up and leave









Baby, I got a plan
Run away fast as you can

20110201

10

When it is raining
and there is thunderstorm,
give up your steel heart
and take cover