20110810

Q u o t e 13

setiap dugaan, setiap gurauan
pastikan ada balasan
pastikan ada kemarahan
sedialah terima kelak
bila kau dah bosan
jangan letak aku sebagai
kesalahan




aku dah cuba .

20110804

a n e s t e t i k

di penjuru bilik hitam itu
kelihatan longgokan padu
terbiar
terabai
terbaring aku berlangit kipas
terdiam aku berlapik kapas
kapas yang usuh; lusuh

di ekor mata dapat melihat pun semua
namun di tunjang hati semua terkarya
yang mana ditolak
dilambung selerak
terus ke longgokan penjuru dulu
kotor di situ kerna bersih hatiku













terlelap aku dek muzik di penjuru~

20110801

Telah Aku Rasa

Hari yang digambar itu tiba.

Sedih,
Tidak lagi dilayan seperti puteri
Tiada lagi kasih yang dulunya penuh
Tiada lagi sayang yang dulunya pantang disentuh orang.

Untuk apa lagi aku di sisi?

Pergi. 

NM. Amalina
June '11

20110727

A miracle called Love





There will never be a perfect poem
That can tell a story of a perfect love
There will never be a perfect verse
That can describe this feeling
That I feel about us...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I love the way our smile reflect
Our common trust and deep respect,
The strengths we share to conquer doubt,
The way we work our problems out...

I love that we can laugh and tease
I love our differences and similarities,
The little flaws that we ignore
Each moment "never felt like this before..."

I love how with just one look or touch
Can feel so right, can mean so much -
The best of you, and the best of me
Combined to make a perfect "we"

I love you

20110723

Takut

Aku lari menjauh
Aku sembunyi sayup
Aku lindung litupi segala

Aku takut sebenarnya.

Hari itu,
Kau nampak aku gagah
Pertahan kata
Pejuang bicara
Gertak semua nista
Dan simpul kemas penuh peribahasa.

Sedang hati,
Menangis di dalam
Merayu untuk kau tetap dengan satu
Biar api benci yang cuba aku marakkan.

Ya sayang,
Aku pertaruhkan hari esok kita
Aku pertaruhkan diri ini untuk dibenci.

Tertanya,
Kenapa aku harus takut tidak dibagi kasih sepenuhnya sekiranya aku sudah gambar apa jadinya?

Kerana aku mahu diberi kasih seperti tiap detik udara yang kau hela; selalu dan sentiasa. 

NM. Amalina
June '11

20110719

Puisi RINDU

1o tahun menghampiri,
Lama sudah pergimu ke alam abadi,
Sungguh hatiku sentiada padamu
Mengingati dan terus mengingati tanpa jemu.

Kamu,
Ramadhan kian mendekat,
Dan kerinduan kepadamu kian sarat,
Merindu dalam jaga,
Merindu dalam lena,
Sampaikan terkadang tidurku bertemankan air mata.

Kamu,
Andai 1000 tahun pun berlalu pergi,
Kau tetap merajai jiwa ini,
Tanpa ada yang mengganti.....