20100527

Aku Namakan Ia Harapan

aku paggil tanpa nama
melambai tanpa sahut
menjerit suara lembut
menjelaskan bucu2
membahagi sama banyak
melakar puisi
jiwa kepada jiwa

tanpa
aku mahu
manusia hakimi
dan fahami

aku tafsirkan
ikut kemahuan
ikut citarasa
agar manusia tiada kata
bisu dalam bahasa
tuli tiada deria
buta segala

aku diajarkan
disentuh ruang kalbu
ditanam benih subur
ditutur kefahaman
ditolak keras besi
ditikam sulaan kejam
biar aku rasa darah mengalir
biar aku ngerti pekatnya
lalu berbisik
'perjalanan jauh penuhi ranjau'

dalam kelam aku nyalakan
dalam terang aku berjalan
dalam ribut aku tahankan
perlu aku untuk lainnya?

oh mungkin takdirnya
dijadikan kita berbeza
ada bahagia tapi rahsia
ada durjana tapi terbuka

dan aku meronta
mengusir segala
mengherdik konkrit akal
menepis igauan
mencerca palsuan
melambung ke langit lapan
sesekali disentap
rakus jiwa gelora
membuat aku sembah
tanpa bermaya

mungkin aku perlu tunduk
sujud meratapi
mengangkat hormat
memberi laluan dan jalan
seolah aku tiada rasa
tiada kisah
tiada kecewa
tentang hari esoknya.