Perasaan ku ini seakan belon mainan si kecil ; di isi air penuh. Lembut dipegang, seronok ditonyoh. Gembira saja bermain. Namun bila rasa itu sampai di puncak. Paling tinggi. Lebih tinggi dari semua yang tinggi. Seakan mahu dilambung ia ; dengan penuh semangat. Biarkan ia terbang, terapung di udara. Beraksi sendiri ia di atas tinggi. Dan detik itu memang senang untuk dilihat ; dirasa. Penuh puas. Telah lepas semua. Walau hanya beberapa saat saja tahan detik itu. Puas yang dirasa lebih berharga. Tapi, bila gembira itu sudah sampai di akhirnya. Semua menunggu masa belon itu jatuh, tersembam ke tanah. Dan bila itu berlaku, semua rasa hilang. Terus dipadam ingatan pada belon yang dipandang sebelumnya bila ia jatuh ; pecah dan memercik pada sekeliling. Di situ. Ya di situ ! Tepat rasa dalaman ku ini. Rasa kosong yang mengharap. Pada masa semua mahu mencari yang baru, untuk memberi rasa gembira itu. Yang terbaring jatuh di bawah ini. tidak dipandang lagi, selepas jatuhnya ia dari puncak penglihatan semua. Cukup rasa itu membisa. Tapi mungkin berbaloi usaha yang didagang untuk puas mereka. Tidak mengapa. Biar aku dilupa, asal yang lain gembira tertawa.
20110129
20110127
a p a t e t i k
sudah ku telan ubat
masih tak kurang sengat
pun membuak rasa palat
aku diam walau sedekad
tak sanggup ku buka
kerna palit kan mengena
bukan itu niat utama
cuma mahu kongsi rasa
aku tak kisah
bagus lagi aku sendiri
dari sakit ini diberi ;
dikongsi
sesal ku kan menyelubungi
biar jadi penawar duka
malam yang gelita
biar jadi mimpi yang bahagia
nyawa yang ku ada
biar jadi penahan luka
biar gembira yang tinggal untuknya~
20110125
n i h i l
tenteram aku tak menentu
berkalih berkali tetap begitu
terus lesu
namun aku ;
masih tak biasa
atau mungkin menerima
tak tahulah
ada yang lain bertukar
tak tentu matanya meliar
ada yang lain bersama
begitu dia cuba menerima
selepas rasa itu hilang berlalu
ditambah sakit menekan perlu
aku beku
berserah aku tanpa penentu~
Dua Rasa
apakah ini tulisan hati?
apapun ia, aku letakkan jujur paling tinggi.
saat ini, aku hanya ada dua perasaan terhadap kamu selain cinta.
pertamanya,
bila yakin itu datang aku ingin terus mendampingi
aku mahu hari-hari bersama kamu
aku jadi kuat untuk menepis segala rintang antara kita
akan aku pertahan segala apa yang bisa robohkan kita.
aku mahu bercerita tentang hariku
aku mahu jadi penghibur untuk kamu
aku mahu bercakap tanpa ada batas waktu
bermula dengan pagi hari,
hingga waktu lenaku;
semuanya ada kamu.
aku mahu kamu senang mendampingiku
kerna di situ ada bahagiaku.
keduanya,
aku mahu lari.
bukan kerna dicaci atau membawa diri
cuma aku kenal siapa diri.
aku melihat dalam peribadi
apa adanya pada aku
cukupkah kamu dengan kehadiran aku.
sebolehnya, aku mahu jadi sempurna pada mata kamu
agar kamu rasa sempurna bila denganku.
tapi, aku bukan si sempurna
yang tertib selalu dijaga
aku juga bisa jatuh dalam kealpaan dan kesilapan.
maafkan aku.
20110124
s a d i k
setapak perlahan
Si Abdi masih bertahan
dibawanya
balang jernih kaca
penuh batu kecil menimpa
runsing
mungkin berpusing
berjalan terus tanpa paling
teruskan
Si Abdi bertahan
demi rasa puas Si Tuan
adrenalin
mengalir rasa satin
dijaga suci bak putih kain
mengira
perlu sampai bila
tiada guna Si Abdi merasa
berhati batu menjaga satu itu~
20110120
'being defeated is often a temporary condition. giving up is what makes it permanent'. -Marlene Vos Savant
biarkan aku;
biarkan aku patah-patahkan harapan
biarkan aku rasa lumpuh seketika
biarkan aku rasa aku sudah tidak punya apa
biarkan aku rasa semuanya
dan biarkan aku rasa realiti itu sendiri
yang pedih dan menyakitkan.
biarkan aku patah-patahkan harapan
biarkan aku rasa lumpuh seketika
biarkan aku rasa aku sudah tidak punya apa
biarkan aku rasa semuanya
dan biarkan aku rasa realiti itu sendiri
yang pedih dan menyakitkan.
20110115
cinta luka.
aku gagahkan kasih yang dipinjam hanya buat suka di air muka,
setiap kerut dan garisan lurus diarus wajah,
menggambarkan pertalian ini pastinya hingga hujung nyawa,
namun nadi yang masih berdenyut merintih tangis luka seamatnya,
merindukan kasih dia sepeninggalan,
kerna kini,
yang menghulur dan memimpin tangan bukan dia.
*tangis aku sendirian*
yang dilihat aku sehari-hari hanya bayang disebalik wajah yang hakikatnya aku hanya menumpang kasih,
luka. aku luka segilanya.
ingin sekali aku mengerat bumi,
ingin sekali aku mengulang janji,
tapi kasih yang dulu kian memutih dialam ini,
ditelan usia aku menunggu mati,
janjikan aku disana nanti,
akan ku dakap setiap waktunya bila dah tiba,
akan ku kasih abadinya bila dah selamanya,
cinta luka. cinta aku abadikan,
tak kira dimana hanya engkau yang aku inginkan.
-sitypo-
aku gagahkan kasih yang dipinjam hanya buat suka di air muka,
setiap kerut dan garisan lurus diarus wajah,
menggambarkan pertalian ini pastinya hingga hujung nyawa,
namun nadi yang masih berdenyut merintih tangis luka seamatnya,
merindukan kasih dia sepeninggalan,
kerna kini,
yang menghulur dan memimpin tangan bukan dia.
*tangis aku sendirian*
yang dilihat aku sehari-hari hanya bayang disebalik wajah yang hakikatnya aku hanya menumpang kasih,
luka. aku luka segilanya.
ingin sekali aku mengerat bumi,
ingin sekali aku mengulang janji,
tapi kasih yang dulu kian memutih dialam ini,
ditelan usia aku menunggu mati,
janjikan aku disana nanti,
akan ku dakap setiap waktunya bila dah tiba,
akan ku kasih abadinya bila dah selamanya,
cinta luka. cinta aku abadikan,
tak kira dimana hanya engkau yang aku inginkan.
-sitypo-
ps: cinta hanya untuk seorang, biar mati yang menggadai, cinta-cintakan.
sayang jangankan seorang, biar berjuta, sayang-sayangkan.
sayang jangankan seorang, biar berjuta, sayang-sayangkan.
20110113
s e j e n a k
cinta
kau jaga demi bahgia
belaimu dengan segala
pulangan tak seberapa
mula kau mengeji hina
"mengapa kau perlaku aku begini ,
selepas nyawa ku taruh sendiri ."
cinta
sedang dalam mengaku
kau salah langkah dulu
mengejar laju rasa itu
takut hilang kerna seteru
"tidakkah kau dapat rasa ikhlas ini ,
mengapa perlu kau tugu berdiri ."
cinta
lengkap segala raja pemaisuri
seperti awan dipasang tinggi
dan bila digoyang angin sendiri
mula mencari mana indah tadi
"kecewa aku dengan sikap kau itu ,
ku sangka kau kan beri cinta selalu ."
cinta
mentaliti diset sedaya upaya
mematuh setiap daya merasa
namun bila mula semua dilupa
sekeliling kan kagum menghina
"kau memang hebat bercinta, kawan ;
namun kau tewas dengan cinta di medan ."
baru kau mula berfikir, hati ~
20110110
b u k a
dialog mereka memang biasa
tapi bermakna bila dikira
fahamkan sebenar apa ada
Anak : Ayah, boleh tak Man nak beli kereta besar macam dekat tv tu ?
Ayah : Boleh. Man nak beli kereta apa ?
Anak : Man nak beli kereta Ferrari. Laju !
Ayah : Oh, yang itu. Tapi Man kena belajar rajin-rajin dulu. Baru boleh beli kereta Ferrari tu.
Anak : Tapi, Ayah. Man tak nak bawa kereta tu. Sayang nanti kotor ke, rosak.
Ayah : Kalau macam tu, tak berjalan lah kereta Man tu.
Anak : Boleh jalanlah, Ayah.
Ayah : Macam mana, Man ?
Anak : Man bawalah kereta tu guna Kereta Tarik. Haa, nanti tak rosak. Bolehkan, Ayah ?
Ayah : Hm. Bolehlah, Man. Janji Man tak susahkan orang lain.
Anak : Yeay ! Baik, Ayah. Tak sabar Man nak beli kereta tu.
nyata berhenti di sini
tapi fana terus berlari
senyum pengubat semua~
20110109
p u t i h
pelangi
hadir dirimu selangkah di situ
dah cukup ; indah setiap anganku
bah menimpa pun diam aku sengaja
kerna ku tahu aku ada kau sentiasa
pelangi
aku sakit di setiap hari lalu
kerana menjaga senyummu
pasti kau tidak tahu kan ?
sebab ku sibuk beri kau senyuman
aku tak pernah kisah
aku tak pernah marah
kerana kau begitu
cukup sempurna aku
rasa itu memang sakit sekali
namun ku tahan pakai nyawa ini
harap ku satu saja
biar hilang deria gembira
asal hati ku normal biasa
tiada sakit menusuk bisa.
pelangi ;
senyum gembira kau satu
memang menjadi mimpiku selalu
harap kau tak siakan itu
kalau aku mati nanti, bagaimana dengan kau pelangi ?
20110108
L a s a t
Bunga ; datang tanpa dipaksa
kau yang rasa bukan sengaja
walau ia hilang sekelip cahaya
jangan kau cari mana berada
jangan kau soal janji yang kala
cuma percaya menjadi mata
pasti di dalam adanya terasa
tak kisah besar mana tiba reba
tak kisah bertepuk sebelah saja
kalau padu pendam di dada
tak kan kau kesah laju masa
Bunga yang pergi dek sengaja
akan kembali tanpa dipinta
perasaan yang sempurna~
BOHONG SI KEKASIH
bila mulut mula bicara,
Hati ku pula mula berkata,
Dimana letaknya chenta?
Jika kasih hilang entah kemana.
Kau suruh aku pejamkan mata,
Katanya kejap Pergi tak lama,
Bila aku bukakan mata,
Cahaya terang, padam sekelip mata.
Mana perginya chenta? Mana?
Ku sangka bulan jatuh keriba.
Mana perginya Kasih? Mana?
Kusangka hujan, batu jadinya.
Kau bagiku segala,
Kata kau, aku bagai bahana,
Mencari syurga, menyimpang neraka,
Begitu indah, sekejap tak lama.
Hati ku pula mula berkata,
Dimana letaknya chenta?
Jika kasih hilang entah kemana.
Kau suruh aku pejamkan mata,
Katanya kejap Pergi tak lama,
Bila aku bukakan mata,
Cahaya terang, padam sekelip mata.
Mana perginya chenta? Mana?
Ku sangka bulan jatuh keriba.
Mana perginya Kasih? Mana?
Kusangka hujan, batu jadinya.
Kau bagiku segala,
Kata kau, aku bagai bahana,
Mencari syurga, menyimpang neraka,
Begitu indah, sekejap tak lama.
Bohong.
Si pembohong.
Si pembohong.
Mereka cerita jadikan kau juara,
Aku salah dimata kau sahaja,
Takku hirau kau tak ada,
Pergilah jahanam bukan kau seorang didunia.
-sitypo-
p/s: pada mereka yang gemar mencari alasan melepaskan diri dari chenta mereka.
20110106
Percaya
malam itu,
semuanya hilang.
dan manusia menunduk lemah
meratapi kuasa di hujung tajaman
meneliti titis yang tiada kesan.
gigil menghadapi saat digetarkan
terkedu;
sesekali membayangi bezaan alam
yang syurganya bergantung pada amalan.
lalu mereka pesan,
keajaiban itu masih ada
selagi mana,
percaya itu sentiasa ada.
semuanya hilang.
dan manusia menunduk lemah
meratapi kuasa di hujung tajaman
meneliti titis yang tiada kesan.
gigil menghadapi saat digetarkan
terkedu;
sesekali membayangi bezaan alam
yang syurganya bergantung pada amalan.
lalu mereka pesan,
keajaiban itu masih ada
selagi mana,
percaya itu sentiasa ada.
k e m a n i s a n
ya, kau di sudut itu.
cuba dongak dulu
lihat di awan biru
lihat kawanan itu
sayap halus berbulu.
indah bukan ?
mungkin ;
kalau kau jatuh tersembam
ada lain jatuh berguling lebam
kalau kau retak kaca seribu
ada lain hilang terus diam pilu
masa itu memang ubat
tapi kalau terlebih, palat
buku kau masih banyak kosong
dan kau punya waktu melopong ?
bangun kawan
bersedia lawan
selak muka baru
mula coretan itu
ikut kau mahu kisah yang bagaimana
asal buku itu berjalan sampai masa tiada
yang lalu menjadikan sesuatu baru~
i n d e f i n i t e
pandai kau susun kata
menghunus pada mereka
mengelak dari kau kena
kebaya
diri kau hampirlah mulia
tapi masih ada palit buruknya
bukti ; diri bukan kau bina
sudah kau tahu lubang di depan
mengapa kau sadung kaki sengaja
pandanglah belakang seraya
jari telunjuk itu simpan baik-baik
sebelum ada yang membalas balik
kebaya
apa guna kau belajar sejarah ?
apa guna kau belajar sivik ?
untuk kau guna di hari segala
sebagai perisai menahan bala
tapi ; tidak ku nafi buaya celaka
ada saja umpan untuk kau, kebaya
pandai lah kau pilih yang mana
agar tidak sesiapa ditikam merana
hidup mana tiada cela ?
20110105
You Me Her
When I looked into your eyes
All I could see was her
When I held your hands in mine
All I could think of was your fingers holding hers
When you kissed me and hugged me to sleep
All I could see was the image of you touching her
And when you said you loved me
All I could think of was you loving her
~
All I could see was her
When I held your hands in mine
All I could think of was your fingers holding hers
When you kissed me and hugged me to sleep
All I could see was the image of you touching her
And when you said you loved me
All I could think of was you loving her
~
20110104
s t a n z a
lebih lagi kalau mereka yang membina
senanglah nak pijak kepala
senanglah nak jatuh menghina
barislah semua yang baik di depan
yang buruk kau susun cantik pelan
tambah sikit bisik mengipas di cuping
biar nampak seakan-akan berpusing
susah kalau mata berguna
tapi hati di dalam membuta.
untuk terasa~
cintailah cinta,
cinta itu indah.
umpama cermin apabila kita melihat diri kita sendiri.
indah bukan ciptaan Tuhan.
cinta juga rapuh dan mudah pecah,
juga seperti cermin.
jagalah cinta selagi ada orang masih peduli
kerana apabila semuanya berakhir kita akan menyesal
dan apabila kita melihat cermin,
tiada apa yang kita lihat kecuali diri kita sendiri.
tetapi tidak seindah biasa.
umpama cermin apabila kita melihat diri kita sendiri.
indah bukan ciptaan Tuhan.
cinta juga rapuh dan mudah pecah,
juga seperti cermin.
jagalah cinta selagi ada orang masih peduli
kerana apabila semuanya berakhir kita akan menyesal
dan apabila kita melihat cermin,
tiada apa yang kita lihat kecuali diri kita sendiri.
tetapi tidak seindah biasa.
20110102
Cinta
Tiada lagi rasa yang dapat ku kongsi dengan mu
Tiada lagi kata yang dapat ku ucapkan padamu
kecuali maafku
untuk segala ketidak sempurnaanku
untuk segala salah silapku
dan tidak mampu lagi untuk ku ucapkan
betapa jujurnya perasaan ini
aku ingin tetap mencintaimu
sedalamnya cintaku, sepenuh hatiku, seluruh jiwa ragaku...
Tiada lagi kata yang dapat ku ucapkan padamu
kecuali maafku
untuk segala ketidak sempurnaanku
untuk segala salah silapku
dan tidak mampu lagi untuk ku ucapkan
betapa jujurnya perasaan ini
aku ingin tetap mencintaimu
sedalamnya cintaku, sepenuh hatiku, seluruh jiwa ragaku...
Subscribe to:
Posts (Atom)