20110125

Dua Rasa

apakah ini tulisan hati?
apapun ia, aku letakkan jujur paling tinggi.

saat ini, aku hanya ada dua perasaan terhadap kamu selain cinta.

pertamanya, 
bila yakin itu datang aku ingin terus mendampingi
aku mahu hari-hari bersama kamu
aku jadi kuat untuk menepis segala rintang antara kita
akan aku pertahan segala apa yang bisa robohkan kita.
aku mahu bercerita tentang hariku 
aku mahu jadi penghibur untuk kamu
aku mahu bercakap tanpa ada batas waktu
bermula dengan pagi hari, 
hingga waktu lenaku;
semuanya ada kamu.
aku mahu kamu senang mendampingiku 
kerna di situ ada bahagiaku.

keduanya,
aku mahu lari.
bukan kerna dicaci atau membawa diri
cuma aku kenal siapa diri.
aku melihat dalam peribadi
apa adanya pada aku
cukupkah kamu dengan kehadiran aku.
sebolehnya, aku mahu jadi sempurna pada mata kamu
agar kamu rasa sempurna bila denganku.
tapi, aku bukan si sempurna
yang tertib selalu dijaga
aku juga bisa jatuh dalam kealpaan dan kesilapan.

maafkan aku.

No comments: