20120325

Kau Selalu Ada Untuk Aku

Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan rapat.

Itu kata orang.

Tapi kau selalu ada untuk aku.

Dari mula hingga kini.

8 tahun bukan masa yang singkat.

Terlalu lama, mungkin.

Ada masa kita bergaduh, ada masa kita bencanda.

Di masa-masa itu, kau selalu ada untuk aku.

Kau kawan lelaki terbaik aku pernah ada.

Walaupun itu sering kau sangkal.

Kerana pada kau, kita biasa-biasa sahaja.

Tapi tidak pada aku, kau istimewa.

Kau selalu ada untuk aku.

2249/25-03-2012

2 comments:

Blog Orang Gila said...

kawan lelaki selalu ada bila kita perlu,
berbeza dengan kawan perempuan ,
yang ada ketika kita senang sahaja . kan ?

Farah Rosni said...

tapi tak semua begitu.