20120628

Puisi : Aku Hanya Insan Biasa






Adakalanya marah menghambur tak terbendung,
Benci tertera tak terselindung.

Ada waktunya terluka,
Dalam tak sengaja,
Tersenyum gembira,
Bila ada bahagia,
Menangis hiba bila duka,
Hadir tak terduga.

MAAFkan aku,
Aku hanya insan biasa,
Tidak teguh walaupun tuguku kebal berbata,
Punya rasa yang pelbagai,
Sentiasa beroleng terbuai,
Tak pernah tetap tak berubah.

4 comments:

Jiwa Perempuan Gila said...

sukaaaa

Nuril said...

Terima kasih @Blog Orang Gila :)

ஜ miss klanika ஜ said...

kadang terluka, kadang senyum bahagia . lumrah hidup insani .

Bae said...

yeah... miss klanika.
Sebab kita insan biasa tu sebab emosinya pelbagai.
terima kasih :)