20100726

Salahku Dalam Mencari Waktu Tiada Ampun

wujudnya aku
untuk mengisi
juga menemani

wujudnya kau
untuk mewali
juga melindungi

aku isi hidup kau
aku teman sepi engkau
agar kau tahu aku mahu kau lindung
agar kau tahu aku mahu sembunyi
di kala hujan luka cederakan aku

selama itu
aku masih mahu engkau
masih menagih engkau
cuma aku perlu waktu
untuk memberi kesanggupan
untuk mencurah pengorbanan

sampai keyakinan itu datang
kau hanya perlu ku jemput
untuk pujakan aku buat selamanya
untuk sama2 warnakan kasih kita

namun
cepat benar kau robohkan tempat kita sama2 bebat lara
cepat benar kau robohkan tempat kita sama2 cipta asmara
apa salahku dalam mencari waktu?

4 comments:

chrysanthemum heart :) said...

tak semua kekal pada apa yang kita mahukan :)

zaidharis said...

sebab cinta tiada cerita

Sloeko loe said...

=) biarkan.

NM. Amalina said...

chrys: dan tak semua mahu apa yang cuba kita kekalkan.

zaid: juga, cerita tiada cinta.

loe: itu lebih baik :)