(Budak tiga ekor tidur)
(Putih dan baby)
Warung itu riuh rendah,Hiruk pikuk suasan memecah,
Kaki melangkah lemah,
Kriuk, kriuk... perut menyanyi resah,
Aduh! satu tendangan tiba menyinggah,
Aku terpinga, dihukum dengan tiada SALAH.
Syoh! Syoh! berambus binatang kotor,
Selera aku melebur!
Bila bertentang tubuh KAU,
Yang hapak berBAU!
Bentak si manusia itu,
Aku tertunduk pilu,
Lesu berlalu...
Kenapa ruangku di dunia ini sempit,
Bergerak sedikit tubuhku sakit,
disumpah seranah dimaki hina
seolah dunia milik mereka sahaja.
Duhai manusia,
Mengapa kau angkuh di bumi ini?
Fitrah hidup ini semakin kau jauhi,
Berbelas rasa berkasih-kasihan,
Sifat yang DIA tanamkan dalam perasaan,
Kini kau abaikan...
Aku juga mahukan sedikit ruang dunia,
Supaya bebas bergerak memburu rezeki-NYA
Bukan mengambil dari kau,
Seperti mana yang kau risau.
P/s : Sayangi mereka, walaupun sesetengah (seperti anjing) haram disentuh bagi orang MUSLIM tapi jangalah disakiti selagi mereka tak mendatangkan keburukan kepada kita.
No comments:
Post a Comment