Kusut berselirat,
Terpintal-pintal melarat
Panjang-panjang tak berhikayat...
Mana asalku tak bersurat?
Dosa tak pernah buat,
Tapi sentiasa dimaki seluruh umat...
Dengan ungkapan berat memahat ingat..
Kau anak LAKNAT!
Lelah berkeringat.
Namun aku tak pernah rasa penat!
Aku tak bersendiri kerana ada DIA yang melihat.
Duka bukan sepatut menjadi sahabat
tapi dugaan untuk mengingat
supaya aku kuat..
No comments:
Post a Comment